Pemandu Jengkaut diperlukan SEGERA di pejabat tapak Bandar Sri Ehsan, Banting.
Deskripsi kerja
Peranan dan Tanggungjawab:-
1. Melakukan pengisian/pemunggahan dan pengalihan bahan dengan cara yang selamat dan cekap
2. Melakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin harian kepada jentera jengkaut tersebut, memastikan dalam keadaan baik, bersih dan selamat sebelum dan selepas sebarang operasi dimulakan
3. Laporkan sebarang isu atau pembaikan yang diperlukan
4. Memahami dan mematuhi keperluan keselamatan.
5. Mematuhi polisi syarikat dan disiplin masa.
6. Tugas-tugas lain yang diberikan oleh Pengurus dari semasa ke semasa.
Keperluan:-
1. Mempunyai Lesen Memandu Kelas E (Tugas Berat) GDL yang sah.
2. Mahir menggunakan jengkaut lori (wajib) / mempunyai sijil kelayakan operator jengkaut yang sah.
3. Rajin, berdisiplin, bertanggungjawab, jujur dan kehadiran yang baik.
4. Mempunyai rekod pemanduan yang bersih tanpa kesalahan lalu lintas yang besar.
5. Mempunyai kad hijau CIDB yang sah.
6. Pengalaman minimum 3 tahun dalam mengendalikan Lori Jengkaut.
7. 6 hari seminggu bekerja.
Calon yang berjaya akan ditawarkan imbuhan yang menarik.
Sila email resume anda, sertakan gaji yang dijangkakan dan nombor telefon ke:-
Emel: perbudi2@yahoo.com