IAM Worldwide Sdn Bhd adalah peneraju dalam pembekalan dan pengeluaran produk pembungkusan inovatif untuk perniagaan e-dagang. Kami memahami bahawa pembungkusan bukan sekadar packaging, tetapi juga satu cara untuk memberikan pengalaman positif kepada pengguna.
Dengan lebih dari 10 tahun pengalaman dalam industri, kami bangga menyumbangkan kepada perkembangan perniagaan e-dagang dengan produk berkualiti tinggi.
Produk Utama: Kami menghasilkan pelbagai jenis produk pembungkusan termasuk beg kurier, kotak karton, air waybill, dan pelbagai produk pembungkusan lain.
Mengapa sertai Kami?
1. Inovasi: Di IAM, kami sentiasa berusaha untuk memberikan pelanggan kami produk terbaru, terbaik dan berinovasi yang dapat memenuhi keperluan semasa pasaran e-dagang yang berkembang pesat.
2. Kerjasama Team: Kami menjanjikan persekitaran kerja yang inklusif di mana setiap idea dihargai dan perkongsian pengetahuan diutamakan.
3. Pembelajaran Berterusan: Kami memberi tumpuan kepada perkembangan profesional dan peribadi. Kami menyokong setiap individu untuk terus belajar melalui latihan dalaman dan luaran untuk memastikan setiap individu berkembang.
4. Pengiktirafan dan penghargaan: Prestasi anda diberi penghargaan dengan ganjaran yang kompetitif. Kami mengiktiraf usaha dan sumbangan anda kepada semua pencapaian di syarikat.
5. Pengaruh Sosial dan Alam Sekitar: Kami memahami tanggungjawab sosial korporat kami dan komitmen terhadap kelestarian alam. Sertai kami bermakna anda turut serta dalam usaha untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik.
Kami mengalu-alukan bakat berbakat dan berdedikasi dalam bidang pengeluaran, rekabentuk, jualan dan pemasaran, logistik, dan banyak lagi. Pengalaman dalam industri pembungkusan atau e-dagang adalah satu kelebihan.
Sertailah IAM dan jadi sebahagian daripada revolusi pembungkusan untuk e-dagang. Bersama IAM, kita membentuk masa depan e-dagang dengan pembungkusan yang cemerlang!
Pengenalan kerja:
✅ Jawab panggilan, cold call dan balas mesej whatsapp/emel
✅ Melaksanakan tugas-tugas am pejabat saja
✅ Berkomunikasi baik dengan pelanggan syarikat
✅ Lengkapkan dokumen dan database dengan betul untuk rekod
✅ Keupayaan untuk menyelesaikan masalah dengan cepat dan
mengutamakan tugas harian
✅ Maklumkan dan kemas kini pihak Pengurus
Keperluan kerja:
📌 Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Form 6 / Certificate / Diploma / Degree
📌 Berumur 20 – 30 tahun
📌 Bahasa yang diperlukan: Bahasa Malaysia dan English
📌 Mesti tahu menggunakan komputer dan Microsoft Word/Excel
📌 Mesti berdikari dan bermotivasi.
📌 Latihan Akan Diberikan
📌 Gaji: Basic RM 1,800 Ke RM 2,500 (Ikut Pengalaman) + Komisen + up to 4 months bonus + incentive trip
📌 Ada EPF,SOCSO, AL, MC, OT dan lain-lain
Emel Steven@iamworldwide.com.my atau Whatsapp di +60183818855. Syarikat kami berada di Klang, Telok gong & KSL Bandar Bestari