SITE SUPERVISOR / PENYELIA TAPAK
SKOP KERJA :
1. Mengawasi dan memastikan semua aktiviti di tapak pembinaan dijalankan mengikut pelan dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
2. Menyelaraskan kerja antara kontraktor, sub-kontraktor, dan pekerja di tapak pembinaan.
3. Memastikan semua kerja memenuhi standard kualiti dan spesifikasi teknikal yang ditetapkan.
4. Menyediakan laporan harian mengenai kemajuan projek, isu yang timbul, dan tindakan yang diambil.
5. Memastikan bahan binaan mencukupi, disimpan dengan baik, dan digunakan secara efisien.
6. Memastikan semua pekerja mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak.
7. Berkomunikasi dengan pengurusan projek dan memberikan maklumat terkini kepada pekerja dan sub-kontraktor mengenai perubahan atau arahan baru.
8. Lain-lain tugasan am yang berkaitan tapak projek yang diberikan oleh Pengurus Projek.
WAKTU BEKERJA :
Isnin – Jumaat (8.30am – 5.30pm)
Sabtu (Half day – sekali dalam sebulan sahaja)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :
1. Minimum diploma dalam bidang Kejuruteraan Sivil / Mekanikal
2. Berpengalaman dalam bidang pengawasan tapak projek.
3. Berumur antara 22 sehingga 35 tahun.
4. Mempunyai lesen kereta/motor.
5. Sihat tubuh badan dan bebas daripada penyakit kritikal.
6. Boleh menerima arahan dan mengikut peraturan syarikat dengan baik.
7. Berdisiplin, menepati masa dan bertanggungjawab.
8. Boleh bekerja lebih masa dan bekerja di luar kawasan.
KELEBIHAN :
EPF, SOCSO, kenaikan gaji tahunan, bonus tahunan, elaun, overtime, kursus dan latihan, insurans, medical, hibbah dan peluang naik pangkat.
Sila hantar resume ke hr.istiqgroup@gmail.com atau career@istiq.com.my